No Matter Where You Live,If You're An Adventist,You're Invited To Join Us At Seventh-Day Adventist Mission Of Sabah | Tell The World | People of Hope | God Bless All of Us.

Monday, May 2, 2011

Asal Usul Suku Kaum Dusun Di Sabah

      Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah. Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965). Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun.Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965).Teori Ketiga, Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220).Teori Keempat, Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.Teori kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan.
      Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja. Ekoran daripada kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik.
      Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman. Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian. Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar, tambahan pula aspek kesenian ini boleh diikuti dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun sekarang ini.
      Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
      Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
      Salah satu aspek kesenian yang amat popular dan diterima ramai dalam masyarakat Dusun ialah seni nyanyian tradisional. Seni nyanyian ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat Dusun malah disukai oleh masyarakat lainnya di Sabah. Nyanyian yang sering dinyanyikan oleh masyarakat natif Sabah adalah berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing-masing. Masyarakat Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun, namun demikian terdapat lagu-lagu ciptaan yang dicampuradukkan bahasanya dengan etnik lain yang hampir sama. Seni nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza-beza mengikut suku.

Previous Next Home

56 comments:

Anonymous said...

Kaum dusun merupakan etnik terbesar di sabah. kekayaan khazanah budaya dan adat resam serta hasil kraf memberi keunikan suku tersebut. namun dari satu sudut lain saya sangat kecewa melihat bangsa dusun yang kebanyakannya hidup dalam kedaifan khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar. Budaya / amalan minum @ aramai tii.. seharusnya disingkirkan. inilah salah satu punca kemunduran orang-orang dusun. suatu masa kelak dusun akan menjadi hamba di negeri sendiri....

Anonymous said...

Pada pandangan saya dan apa yang kita lihat, Dari segi keagamaan Dusun pada ketika dahulu tidak mempunyai agama seperti mana yang ada sekarang. Walaupun tidak mempunyai agama namun pantang larang dan adat istiadat tersebut adalah ketat.

Setelah kedatangan agama Islam dan kristian adat istiadat ini masih dikekalkan selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama yang dianuti. Untuk pengetahuan semua Dusun tidaklah dikategorikan dengan sungai kerana bahasa Dusun dan Sungai amat berbeza walaupun banyak perkataan yang sama. Ia lebih kurang juga dengan Murut dan Tidung. Antara yang paling hampir sama bahasa dengan orang Dusun ialah bangsa Bisaya Beaufort dan Bisaya Limbang Sarawak hampir 80% sama.

Mengenai keagamaan pula Dusun menganut hanya 2 agama iaitu Islam dan kristian. Pada masa kini mungkin secara keseluruhannya penganut Islam dan Kristian hampir seimbang. Seperti mana yang diketahui umum daerah-daerah yang ada bangsa Dusun ialah Ranau, Tambunan, Keningau, Temparuli, Tuaran, Telipok, Inanam, Mangatal, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Pitas, Telupid, Beluran, Sook, Tenom, Papar, Penampang dan Sandakan. Namun antara daerah yang paling ramai bangsa Dusun ialah Daerah Ranau, Tambunan, Temparuli, Keningau, Sook dan Telupid. Antara daerah yang paling ramai menganut agama islam ialah Ranau, Keningau dan Sook. Daerah-daerah lain tetap ada penganut agama islam namun tidaklah seramai seperti yang ada di ranau, Keningau dan Sook. Manakala Tambunan juga ada beberapa kampung yang mempunyai penganut Islam yang mejoriti seperti kampung Kumawanan, Libang, Babagon, Garas, Bambangan, Tontolob dan Tinompok Liwan. Ada pun di Temperuli juga ada kampung-kampung yang mejoriti beragama islam seperti kampun g Kiwoi, di Kota Belud pula akalau inda silap ada 3 kampung yang penganut agamanya mejoriti Islam. Maka dengan ini menunjukkan kepada kita bahawa dua agama ini iaitu Islam dan Kristian adalah agama yang terbesar sebagai anutan orang Dusun Sabah sekarang. Kalau tuan-tuan hendak melawat ke daerah Ranau lagi ramai pendudukj muslim di daerah tersebut begitu jugfa dengan di Keningau. Dusun muslim yang ada di keningau dan sook itu adalah berasal dari Ranau juga tetapi telah berhijrah ke sana sejak 50 tahun yang lalu. Seprti Kampung Desa Wawasan Bayangan Keningau yang pernah menjadi Johan Kampung Wawasan contoh di Malaysia adalah Dusun Muslim dan mejoriti asal mereka dari daerah Ranau.. Sekian...

Anonymous said...

dari lenggok bahasa jua mereka termasuk dalam keluarga melayu............dan bagi aku.dusun adalah antara etnik keluarga melayu yang dimana gadisnya amat cantik sekali...
huh jatuh cinta aku sama gadis lotud itu..hahahha

Anonymous said...

bukan kadazan dengan dusun etnik yg berlainan kah???

Anonymous said...

ya,antara kadazan dan dusun adalah dua bahasa yg berbeza..tetapi etnik dan tradisi adalah sama

eLLa said...

tingu ma.. klau dusun mcam d tmpat yg bergunung2.. macam ranau.. klau kadazan, di mana gima tu?

kuku kambing said...

semuanya asal dari CHINA....urang cina la kita ni kan...

Anonymous said...

kadazan dan dusun... mempunyai background ie cara hidup, tradisi, adat adalah sama...dari segi bahasa pula memang ada beza tapi tidak kurang persamaan pula...perbezaan paling ketara cuma penggunaan (bunyi) L dan R, Z dan Y serta beberapa konsonan yang tidak ketara...selebihnya sama iaitu perkataan mempunyai makna yang sama eg Agazo dan agayo... perlu dibuat kajian seterusnya...

Anonymous said...

Apakah blog ini milik saudaraku dari Pattani atau Malaysia ? Apakah di Pattani Bahasanya memakai Bahasa Melayu ?
Wassalam, Bob. Indonesia

Anonymous said...

Orang dusun Unik dan lawa2 semua... kecantikan yang luar biasa tanpa alat2 kosmetik :) natural beauty !

Dennelton Sarch Mandiau said...

Kuku Kambing: Yup....kita memang ada darah cina :) Lagipun kita nampak mcm orang cina...kalau kita p semenanjung n pigi kedai cina...dorang ckp bahasa cina....klu tengo gadis rungus pula mcm di kudat itu....nampak mcm orang korea....hehe....

Anonymous said...

Dusun dan kadazan adalah kaum yang sama cuma namanya disebut sedemikian rupa berdasarkan faktor petempatan. Panggilan Dusun bagi yang tinggal di kawasan perkampungan yang bekerja sebagai petani manakala Kadazan tinggal di bandar-bandar....Kadazan berasal daripada perkataan "KAKADAZAN" @ "KAKADAIAN" yang bermaksud di tengah bandar/ kedai.....

hamba dhaif said...

boleh sy tambah sikit,dulu waktu belajar di kolej,ada terjumpa sorng ust dr Indonesia yg sudah berumur,katanya bahasa,bentuk fizikal dan adat istiadat orng Dusun ni sama mcm suku kaum batak yg ada di indonesia,cuba korng selidik,tapi nenek(arwah)sy kata waktu penjajahan jepun,org2 cina lari msuk utan minta perlindungan org dusun,berkahwin dgn org dusun dan hidup dlm masyrkt dusun dan mngaku org dusun,sbb org jepun pantang nmpk org cina yg putih2 hehe

hamba dhaif said...

sy tambah lagi sumber yg tak jelas ini cerita dr nenek sy yg berumur lebihkurng 18 thun waktu jepun ada,kesahihan org dusun berasal dr monggolia china itu mngkin ada berdasarkan brang2 purba milik org dusun.dulu mana ada mykad katanya,tapi org dusun yg asal boleh sebut R dgn jelas,yg tak boleh sebut R tu kita fahm2 lah hehe

amar_espada said...

ya...sa rasa mangkali la kn..hihi..tp nama ko jg la..kuku kambing..mcm di kk..hahaha..

amar_espada said...

yg tu sia stju...sap pnh byk kli jg...sa jln2 d kngu..tba2 kna tanya dlm bhsa cina...beh..sia tediam nih trus...pa lg...sa giling2 kpla jak nih.... xtau pa dia ckp...psl korea look ni...sia situju jg... sap sumandak sa..kacukan dusun murut tp nmpk mcm korea...tp nsb bek la dressing dia nda ikut tu korea...huuu...

amar_espada said...

klu jipun nmpak,pa yg jadi tu genk?hehehehe... nda jelas bah..ehehe..

TG Erickson said...

kadazan dusun merupakan satu rimpun yg sama. tidak terdapat perbezaan yg besar dari segi adat,seni,dan juga pertuturan mereka. Masyarakat dusun merupakan masyarakat yg tinggal d kawasan pergunungan dan sangat popular dengan hasil cucuk tanam mereka seperti buah buahan, sebab itu la mereka dikenali sebagai dusun. Masyarakat kadazan pula ialah masyarakat yg tinggal d kawasan pekan seperti di Penampang (bahagian Donggongon) dan pekan papar jg.menurut ahli bahasa, kadazan mempunyai maksud sama seperti kekadaian(banyak kedai).Lazimnya kedai terletak di kawasan pekan.Dari segi bahasa pula, dusun dikatogerikan kepada dua iaitu dusun liwan dan juga dusun bundu sememtara itu, kadazan juga dikenali sebagai dusun tanga.Walaupun terdapat perbezaan dari segi pertuturan, ketiga tiga dialek ini masi boleh difahami oleh semua masyarakat kadazan dusun (liwan,bundu,tanga)..apabila bertutur ianya kedengaran seperti ayam dengan itik tetapi saling memahami antara satu sama lain. Jadi kita patut berbangga kerana mempunyai bangsa dan bahasa yang pelbagai serta keunikan yang lain dari yang lain...

Anonymous said...

dan kadang2 kalau saya jalan2 di semenanjung, mereka cakap saya ini orang vietnam,japan atau korea hehehe..bukankah muka orang korea,cina,japan,vietnam...lebih kurang sama...pernah sekali di kl, seorang pemuda myanmar menyapa saya dalam bahasa dia,rupa2nya dia minta rokok..

Anonymous said...

lucu pula bc komen kmurang ni..haha.....
sia urang dusun,blajar d syria...kbnykn plajar sini dr vietnam n china...kbtlan pla 2 urang roommate sia ni dr vietnam...durg spiking sy bhsa durg la kn...bhsa yg ada lagu2 knto po mcm bhsa thai...turus sy pourolou seja...haha.diurang pikir sy dr vietnam..haha.

LoLa_LoLa Ernie said...

eya , muka vietnam sma mcm muka orang kadazan dusun .. okon ko 100 % kio ..

++MissJiajon.Com++ said...

alahai.. siok pula baca ni komen2 kmu....bha sy pun org dusun jg ni,masa sy study d kl sy selalu kena ckp org cina/speaking cina..masa sy p singapore sy kena speaking cina/org puteh sbb dorng ingt sy warga cina singapore, sy p thailand sy kena speaking thailand..sy p indonesia ikut rombongan university sy kena ckp chinese malaysia...hihi susahnya identiti tidak di ketahui ni...kesian pula..sy bilang im dusun girl..malangnya dorng tidak tahu isk..pernah org jepun dtg d ranau dlu d skul sy ad bt aktiviti bsama jd stu group la kmi, dorng ckp ur face same like japanese/us debilang...terus smpi skg kmi keep n touch juga..hihihi...jadi?

gusting@village name said...

siuk oo baca ni kumin kamurang ni sini,,hhah,,,nda pa la bah dari mana asal usul pun dusun ni,yg penting kita urang dusun tulin sabah,,,,pounsikou,,,

Anonymous said...

Ya org dusun dan kadazan adalah etnik yg sama..cuma di sebabkan org kadazan kebanyakanya tinggal di bandar di sebut la orang kadai..dan dialek mereka yg banyak menggunakan huruf 'Z' lama kelamaan jadilah KADAZAN

limbatok said...

wah enjoy betul sa baca..bnyak maklumat yg baru sa dpt hehehe..

Anonymous said...

siok baca komen2 kamurg,,,iya ba sy kadang2 pun kna ckp cina.lau kna tanya pasal agama sy ckp ja muslim but not malay,im kadazandusun sabahan..

Anonymous said...

Ngam la tu ko ckp...muslim but not malay...baru la inda atagak bangsa dusun...tp saya kecewa klu yang dusun convert muslim trus mengaku melayu..adededeh...dusun kasari begia tokou ngawi tii....

Anonymous said...

Saya pernah tengok satu dokumentari di tv tentang pengembaraan ke utara China.Saya tengok penduduk tempatan di sana menyambut tetamu mereka dengan alat muzik 99.9% serupa dengan sompoton alat muzik orang2 Dusun/kadazan.Pakaian dorangpun macam pakaian tradisi orang2 Dusun/kadazan, hitam dan bercorak. Jadi, ada kemungkinan Dusunik asalnya dari tanah besar China yang berhijarah ke Borneo semasa the great migration beratus tahun dahulu.

Anonymous said...

saya pula berasal dari keturunan suku kaum sungai..namun saya fasih dalam beberapa bahasa di SABAH ini..cthnya, dusun, kimaragang, sonsogon, likabau@lingkabau, dan bahasa sungai@tombonuo..sbnrnya, mksud sbnar tombonuo ini ialah suku pribumi@momogun..hehee..apa2 pun, saya bangga sebagai anak SABAH..sumandak SABAH tatap alawa bo...lirikannya sungguh memikat..wow!!

Anonymous said...

ada juga yg mengatakan bhwa asal usul penduduk sabah ini asalnya daripada pelarian bangsa mongolia yg dikejar oleh suku barbar semasa perang dahulukala..ada juga dikaitkan dgn pelarian dari negara china disbbkan takut dipancung oleh maharaja mereka yg zalim yg kononnya menitahkan kpd rakyatnya utk mencari dan mencipta ubat yang boleh menjadikannya hidup kekal..sekiranya tidak ditemui ubat tersebut, mereka tidak dibenarkan utk pulang atau kena pancung..siapalah yang nak hilang kepala kannn..hahaaa..so, tidak hairanlah ada d kalangan orang2 kita ni yang ada iras2 muka orang sina@cina..hahaha

Anonymous said...

Hi.......saya sumandak dusun dari Kota Belud.....bila saya melawat Brunei Darul Salam baru-baru ini,ada expatriate di sana bercakap dalam bahasa vietnam dengan saya.......hihihi

Dennelton Sarch Mandiau said...

Memang...klu sia kena ckp cina...mungkin dia ckp vietnam sama kw sbab kecantikan...hi5

Anonymous said...

aduhai.. kamu org ni.. mengikut yg sya to la kan, kita org dusun sbnarnya berasal drpada pecahan kumpulan manusia yg membawa DNA haplogroup O,kumpulan ketiga selepas haplogroup C dan D yg menetap lebih awal di asia timur. selain Malaysia,kebanyakan manusia yg hidup d ngara lain sprti china, taiwan, macau, hongkong, tibet, mongolia, north & south korea, japan,thailand, cambodia, vietnam, laos, myanmar, brunei, indonesia, dan singapore, berkongsi DNA Y kromosom haplogroup O.. ciri2 yg biasa bg org yg ada DNA ni di antaranya ialah; bermata sirip atu sepet, kulit cerah, rambut lurus, mata hitam ( dark brown)... jadi, jgn hairan klu kita dgn org cina ni ada kemiripan.. kita bukan org cina, cuma berkongsi ciri2 yg sama, terutama DNA yg kt ada, wlupun mgkn dusun ada yg campu cina.. dan kulit kita gelap sikit, sbb kt menetap di sini khatulistiwa gia.. lagipun, kebnyakan kita dr keturnan haplogroup O ada MIX dgn gen2 dr haplogroup yg lain.. so, paham2 la ah klu ada yg berlain2 ciri tu.. huhu.. siou la ah klu bahasa melayu sya pasar..hehe

Anonymous said...

Malaysia, china, taiwan, hongkong, macau, tibet, north & south korea, Japan, mongolia, thailand, vietnam, laos cambodia, myanmar, philipine, singapore, brunei, indonesia & singapore, are all in one oriental asia...

Anonymous said...

patutla org dusun dengan cina boleh hidup dengan aman.rupa2 nya dari rumpun yang sama jua dulu2..hahaha

Zeeyan - said...

I'm proud to be dusun sabhan girl .. =)

Anonymous said...

bismillahirahmanirahim..dusun,batak,iban,penan,punan,dayak, dn yg swaktu adalah berasal dari org2 MALA ada yg proto dn deutro(pribumi)disini..beribu ribu tahun dahulu mungkin langsung terus kepda anak2 nabi NUH...org2 melayu dan MALA adalah saudara yg sgt dekat.. walahu alam



Anonymous said...

Sebenarnya Dusun/Kadazan dan semua peribumi sabah borneo dan semanajung malaysia termasuk indonesia adalah dari Bangsa Malayo Astonesia yang besar dari etnik asal tamadun besar dunia yang telah diangap hilang ..... jangan angap kita dari cina bah ... kalu kemurang cari kamu akan jumpa yang malayo /malayu /Mala tulin ni adalah bangsa dusun kerna bahasa classic malayo banyak megunna kan consonant W mcm Dusun Ranau cuba kamu tengok arr
Watang - Batang
wotis - betis
makan -makan
mato - Mata
iso -satu
duo -dua
telu' -tiga
Apat -empat ... dan seterusnya
ayat2 dia atas adalah ayat asas yang tidak berubah pasal tu masih kekal pengunaan. So pure malayo adalah Dusun yang berkemungkinan datang terus dari bangsa Agung Madyan ...apa mangaku Cina ..enda ku mau Bah ... ada juga beberapa kajian mengatakan Bangsa Mongol dari Dusun ... bergerak dari Borneo Asia tengara menuju keatas .. Dusun ni dulu lagi hebat dari cina .. ingat tu

Anonymous said...

Aku ada kemusykilan. Maklumat sedia ada mgatakan bhawa rumpun Bisaya diletakkan di bawah Kadazan-Dusun. Aku rasa maklumat ini perlu dikaji semula. Sebab dulu perletakan rumpun bangsa berdasarkan bahasa/linguistik di mana Kadazan-Dusun ini dari lingkungan Austronesia yang mjadikan Bisaya sbg varian Dusunik. Dari segi itu adalah benar. Yang memusykilkan aku adalah bagaimana menjelaskan kewujudan sebuah kerajaan bangsa 'Bisaya' bernama Po-Ni pada 600M? yg kmudian seorg pemuda dari bgsa ini pada +/- 1363M mjd Sultan Brunei pertama bernama Alak Betatar (bin Bonian Mas-1363-1406 @ Ma-hsieh-je-chia-na-nai). Dlm tradisi lisan, Alak Betatar (7 beradik), salah seorangnya bernama Pateh Berbai (yg mjd sultan brunei kedua -1408-tetapi xda waris. beliau juga yg menamakan Brunei bg kerajaan Brunei-sebelum Pateh Berbai yg bergelar sultan Ahmad adlh Sultan Majid [yg kmdian mgkat d China] lalu dipangku seorg kerabat diraja Cina 1406-1408 bernama Hsia-Wang iaitu putera Maharaja Yung Lo). Adik bradik lain ialah Smaun (yg dkatakan galur kpd suku Murut), Duri (Duyah @ Bunga Sunting) yg brkahwin dgn Ong Sum Ping kmudian tggal di kwsan Gunung Kinabalu. Salah seorang lagi bernama Pateh Runa yg kmudian menetap d kawasan sungai kinabatangan. Dikatakan Pateh Runa inilah mjd galur kpd suku Dusun di Sabah) smntara brhubungan jg dgn Bunga Sunting dan Ong Sumping di Gunung Kinabalu (bleh rujuk buku Dusun dan Islam (2011) tulisan Tuan Haji Sapran). Mklumat yg aku peroleh adlh dkumpul sejak 1995. Maka kmusykilan inilah yg aku musykilkan..

mcqueen mcfang said...

sy urg dusun yg berketurunan moyang jepun di sebelah bapa sy..dan di sebelah mama sy pula sino dusun...penah keja d spore kena ckp cina..sy cakap sy bukan cina..org cina singapore tidak percaya sy org sabah..kalo cakap sy org dusun..manala dorg tau tu hehe...

Anonymous said...

whatever u guys said, maybe it was already continously modified from the our nenek moyang long ago... we dont know the truth... if anybody knows the link of this kind of research, that it recognized and acceptable. so, plz share the link or recommend any sources so that we can learn about our dusun... i would like to know also.

my fren used to told me before, we got the 'dusun' tittle because of the penjajah long time ago. they stated us dusun because we do farming to live... i dont know but she said so.:-).. if yes, where is the source?

another one, we were mongolian too. if yes, where is the source?

we need the right person to help and sourcing us..hehe...tq

flying gana said...

apa pun asalnya semasa Banjir Besar di zaman nabi Nuh..... Nuh mempunyai beberapa orang anak antaranya bernama sam (alur arab, itali dan soctish.. kalau xsilap).... selepas tu anak cucu adam berpecah kepada beberapa kelompok sehingga pada satu hari, kelompok tersebut bahasa mereka berubah mengikut kelompok masing2 dan Nabi Nuh menjadi pengatara antara kelompok tersebut.... cerita ini saya baca daripada kisah2 nabi. Dan saya suku kaum Gana. Terdapat suatu bukit penempatan yg kini sedang d buat kajian brdekatan kampung saya. May peace be upon us. subahanallah

Anonymous said...

nama dusun sebenarnya berasal dari panggilan orang2 brunei suatu ketika dahulu.. bangsa ini juga dikenali sebagai dayak dusun @ sun dyak , momogun selain dari nama2 suku yang berlainan... pada suatu ketika dahulu, bangsa dusun ini sangat terkenal dengan pemburuan kepala dan upacara pengorbanan manusia namun ia tidak diamalkan lagi semenjak bercampur dengan bangsa2 yang menetap di kawasan pantai seperti masyarakat bajau, brunei dan suluk juga masyarakat cina yang berada di pekan2.. Dari pakaian, setiap suku dalam kumpulan dusun ini menunjukkan identiti tersendiri namun sebelum terjadinya evolusi pakaian dalam masyarakat ini, sebenarnya keadaan mereka juga seperti masyarakat dayak dan murut, hanya menggunakan cawat sebagai pakaian seharian, namun masyarakat dusun ini lebih awal menukar identiti mereka dalam cara pemakaian. Dari segi bahasa, masyarakat ini boleh bertutur dan memahami bahasa suku dusun lain meskipun terdapat sedikit perbezaan dari segi intonasi dan sebutan.Dari segi senjata lama, suku dusun mempunyai senjata sama seperti senjata dayak iban,murut, orang ulu di sarawak dan dayak di kalimantan, namun kelebihan suku dusun ini, mereka juga biasa menggunakan senjata yang dibuat oleh orang2 sulu dan bajau yang didapati dari pertukaran barang atau dibeli, sehinggakan penulis2 dari barat agak keliru dengan seni pembuatan senjata masyarakat dusun ini...Masyarakat dusun kini adalah masyarakat yang sangat mementingkan pelajaran sebagai salah satu daripada proses memajukan diri.. dan tidak hairanlah banyak ahli akademik lahir dari masyarakat ini...

Anonymous said...

adeh.. apa kata kalau kita kasi nama bangsa sabah.. bangsa momogun borneo..

Anonymous said...

ada sebahagian bangsa diatas ni, benci betul dgn bangsa lain dari indon dan philipin... atas alasan keturunan pendatang..? rupanya mereka juga, keturunan pendatang dari china dan monggol? hahaha

Anonymous said...

Kadazandusun pendatang? walau pun pendatang kalian tidak mampu mengubah sejarah bahawa kami lebih awal berhijrah ke sini sebelum keturunan kalian.... n sebelum kewujudan kerajaan seludang [manila] di Filipina dan kerajaan2 di Indonesia. peace yooo... hehe

Anonymous said...

Walaupun demikian..jika kami rumpun kadazandusun murut dayak dn 21 etnik yg bsatu dlm nama ini yg bjumlah jutaan rakyat d kseluruhan tanah kepulauan borneo...boleh kh kmu hadapi jika jutaan rakyat kami kembali aktif memburu kepala orang yg ingin mjatuhkan maruah suku kaum terbesar kpulauan borneo ini...ingat peristiwa sampit kalimantan indonesia,salah satu rumpun kami iaitu dayak mengegar dunia kerna madura telah mencabar ksabaran dayak...ribuan dayak memburu kepala madura yg melawan...polis indonesia x ble bt apa2 kerna hal yg mgugat perkauman...renungkan..

sabahan yooo!!! said...

ya,sia setuju suma kamurang punya komen2 ni....tapi kamu perasan ka...mungkin kita ni ada keturunan juga sebelah filipino kan?bukan la yg pilak2 tu...yg tagalog tu bah...cuba tgk org dorg sana,macam org dusun kadazan juga...cuba dengar bahasa dorg,ada byk jg yang sama..macam dusun bilang kena bunuh,'pinatai...dorg pun 'pinatai'..maginum-paginum,sawo,dorg pun sawo..byk lagi la....kalau kamu ni peminat filem tagalog,mesti kamu pun perasan jg tu bahasa dorg...paling ketara..kalau kita mengira 1,2,3,4 smpi 10 pun dlm bhsa dusun,dorg punya sebutan pun hampir sama jg tu...kan?hahha!!!banyak campuran bah kitaurang ni...hehehe!!!tapi yg menyedihkan skg,banyak anak muda yg anak tulin dusun tapi xpandai ckp dusun ni...xtau sengaja ka apa...e mekikirayou ja tu kan pura2 xtau...padahal kalau sy,bangga lagi sy.....

Anonymous said...

sy berbangsa dusun kimaragang/tagalog...masih ingat masa kecil rumah keluarga emak saya ada menyimpan tengkorak kepala yang di buru...mungkin ada benar dusun bukan dari cina...sy juga musykil dgn bahasa,jika dtg dari cina,walau beribu tahun,mengapa tidak ada contoh yang bole di samakn,,

Anonymous said...

haha..mcm2 teori keluar..kalau la sejarah orng dusun ini di buku kan bagus..ada juga bahan rujukan generasi dusun akan datang

Anonymous said...

hai,.. ada sesiapa taw asal usul adat perkahwinan dusun.. ?...help.tq

Dusunese girl said...

Budaya aramaiti tidaklah perlu dikaitkan dgn kedaifan dan kemunduran. You are stereotyping. Aramaiti adalah budaya sejak nenek moyang, merupakan cara masyarakat kaum ini utk berkumpul bersama merayakan sesuatu dan merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. It is very unlikely that it would lead to poverty in any way. If there was any relation between the aramaiti culture and poverty, it was very much individualised, either the person keeps on drinking to hell and refuse to work and never forget the corrupted government who doesn't open their eyes to this. I am very much disturbed by the word u used 'hamba' which means what?? its our land so how could we ever be a hamba someday? You might see poverty among our people but we at least don't beg on the street. We at least make our own rice. Plus, if everyone's rich in this world, who's going to be less wealthy? The balance in the world u might not forget. So, be careful with the words spoken. It might hurt someone like me because I enjoy aramaiti as much as other dusunese people do.

Anonymous said...

Peace aramaitie....

Anonymous said...

Jadi hamba kerana minum? Lawak betul lah. Itu adalah budaya. Kau mau ajar org dusun cara minum ka? Drinking in dusun culture has evolved to its finest quality. Want to know how & what? Become a dusun friends, assimilate with them n see what drinking means to us. We don't drink for nothing.

Anonymous said...

betul ka buhung kamu ni... :P

somoon said...

Bagus oh entri ini. Saya dusun asal KM. Tapi mulanya ibubapa saya asal dari sebelah Ranau, tepatnya penampatan Lumpoho. Itu tahun 50'an. Yes, dusun girls cantik-cantik belaka termasuk my sisters & cazen-cazen. Siapa bilang dusun tidak cantik. He ... he ... he ...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
RSS Button

Register To Get Free Updates Via Email

Privacy Guaranteed! Your Email Address Will
Never Be Shared To Any 3rd Parties.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Modified by Dennelz,Inc